BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

RICH COCOA PUDDING

Rich Cocoa Pudding....resipi asal dari "Kak Jun....Miss World" era tahun 80-an...hehehe...Resipi kegemaran mat, sebab buat dia mudah yang teramat sangat...cuma orang buta je tak boleh buat!!...Kali nie mat cuba try makan dengan susu cair dan buah2an campuran dalam tin.....sedappp, patut lah kak jun awet muda, dia makan benda ni selalu...hehehehe.

Bahan-Bahannya:-
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepun
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung (cornstarch)
4 1/4 cawan air
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk Jelly
3 camca besar mentega

Bahan Lain:-
Susu cair secukupnya
Buah-buahan campuran dalam tin secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan wisk sehingga semua larut. Tapis adunan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga hingga bancuhan menjadi pekat. Padamkan api.
  2. Masukkan mentega dan kacau hingga mentega sebati dengan adunan. Tuang ke dalam acuan kegemaran dan biarkan beku lebih kurang 1 - 1 1/2 jam. Kemudian boleh dihidangkan bersama susu cair dan buah2an campuran dalam tin...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.