BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

PEACH LEAF PIE


Dah lama tak buat Pie..masa belek2 buku "Essential Baking"..ternampak peach leaf pie..dalam gambo punya laa lawa...teruja sangat nak buat...hasilnya tak lah mengecewakan...sedap, cuma dalam gambar tu kepingan daun dia tak cukup, sebab acuan dia besar sikit....mat cadangkan guna acuan pie berukuran 8 inci dan kalau boleh daun tu buat dalam 38 - 40 keping, baru leer nampak lawa dan boleh susun rapat....ok..jom kita cuba!!!!

Bahan Pastry:-
300 g tepung gandum
1/2 camca teh garam halus
115 g mentega sejuk, didadu
60 g lemak sayur (shortening), didadu
5 - 6 camca besar air ais

Bahan Inti:-
1 tin besar buah peach dalam tin, toskan dari jusnya
50 g gula halus*
3 camca besar tepung jagung (cornstarch)*
1/3 camca teh serbuk kulit kayu manis*
1/2 biji lemon, ambil jusnya*(*disatukan dan kacau hingga rata)
2 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK PASTRY:- Ayak tepung dalam satu bekas dan satukan semua bahan2, kecuali air ais. Gaul dengan hujung jari sehingga adunan berupa seakan2 serbuk roti. Masukkan air ais sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan bertukar jadi doh yang tak melekat di mangkuk adunan. Bungkus dengan plastic cling dan dingin bekukan 20 minit. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan dalam "food processor", kecuali air ais. On kan mesin sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan bersatu dan menjadi doh. Bungkus doh dengan plastic cling dan dingin beku 20 minit.
  2. UNTUK INTI:- Hiris kasar2 buah peach, gaul dengan bahan2 yang disatukan tadi dan biarkan seketikan.
  3. UNTUK LEAF PEACH PIE:- Keluarkan doh, canai diantara 2 lapisan plastik hingga nipis (kurang lebih 1/3 cm). Alihkan doh tadi ke dalam tin pie, ratakan doh tadi dan kemaskan doh berlebihan dengan cara menggunting lebihan doh. Masukkan dalam peti sejuk sementara membuat doh bentuk daun. Canai lebihan doh tadi hingga nipis, terap dgn acuan bentuk daun, atau potong menggunakan pisau, buat garisan seakan2 daun. Buat hingga habis. Keluaran tin pie tadi dari peti sejuk. Masukkan bahan2 inti tadi dan sudu2kan mentega atas buah peach tadi. Susun daun tadi bermula dari bahagian bawah membawa ke atas. Buat hingga siap. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit..

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.