BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

PAN ASIAN BBQ CHICKEN


Ini salah satu hidangn yang mat jamu untuk kak e dan keluarga, idea asal dari Great Lydia...oleh kerana penggunaan herba rosemary terlibat sama dalam resipi nie, jadi mat berilah nama pan asian bbq chicken.....selamat mencuba semuaa!!

Bahan-Bahannya:-
4 keping dada ayam
2 camca besar herba "rosemary"
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar madu
2 camca besar "hoisen sos"
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)
1 camca besar mentega
1 camca besar madu (xtra)
Sedikit herba rosemary untuk ditabur

Cara membuatnya:-
  1. Bersihkan ayam, kelar2 dan gaul dengan semua bahan2 diatas kecuali madu (xtra), mentega dan herba rosemary yg untuk ditabur. Perap 4 - 5 jam atau semalaman untuk lebih sedap. Perap dalam peti sejuk.
  2. Keluarkan ayam dan lumur permukaannya dengan mentega dan tabur herba rosemary, panggang atas bara atau dalam oven.
  3. Bancuh madu xtra dengan lebihan bahan2 perap hingga rata. Sapu atas permukaan ayam yang dipanggang tadi. Panggang hingga masak kedua2 bahagian ayam, bila mana kita cucuk dengan pisau dan air yg keluar bewarna jernih, bermakna ayam dah ok (tips dari chef wan).
  4. Hias dengan daun salad dan hirisan lemon sebelum dihidangkan....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.