BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

OTAK - OTAK KUKUS


Hari ini mat mat otak-otak kukus...kalau nak dipanggang atas bara api pun boleh.....jom kita cuba buat yeaaa...

Bahan Utama:-
200 g isi ikan tenggiri
80 g telur ikan tenggiri (optional)
2 helai daun limau purut, diracik halus
1 helai daun kunyit, diracik halus
50 ml pati santan
Daun pisang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
2 biji cili merah (atau 6 ulas cili padi)
1 camca teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:-
  1. Masukkan isi ikan, telur ikan dan bahan2 kisar dalam food processor, kisar hingga semua sebati dan mesra. Masukkan pati santan, garam dan gula secukup rasa. Terus mengisar 1 - 2 minit atau hingga semua sebati bergaul.
  2. Keluarkan dan letak dalam satu bekas. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata.
  3. Ambil sekeping daun pisang, buat bentul silinder, ikat bahagian bawahnya dan isi dgn adunan otak2 tadi hingga 3/4 penuh. Ikat hujungnya dan buat sampai siap. Boleh juga dibungkus macam lepat pisang.
  4. Kukus atas air mendidih 40 minit. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan. Boleh juga dipanggang atas api bara hingga masak.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.