NON - BAKE CHEESE CAKE

Cheese kek yang dah lepas kena make-up.......

Yang siap dipotong dan siap sedia untuk disuap dalam mulut..yumm..yumm...

Cheese cake sebenarnya bukan lah kegemaran mat dan keluarga (cuma setakat boleh gitu2 je)..tapi oleh kerana mat tak tahan tengok gambar kek tu yg nampak menawan dan seksi sgt, jadi mat cuba lah buat...tapi bila kek ni nak habis tak tau lagi, tah2 seminggu....itu pun paling cepat!!!..Gambar potongan kek keju akan diletak kemudian..harap maklum!!

Bahan Dasar:-
150 g tepung gandum, diayak
100 g mentega
1 kuning telur
50 g gula aising
1 - 2 camca besar air ais

Bahan Inti:-
250 g cream cheese
90 g gula halus
1/4 cawan susu sejat
1/3 cawan jus buah pic (dari dalam tin pic yg dikalengkan)
100 g buah pic dalam tin, didadu kasar
12 g serbuk gelatin halal
100 ml air
1 camca teh esen vanilla

Bahan Hias:-
10 biji cari bertangkai (jika suka)
1/3 camca teh serbuk jelly
300 ml air
1 camca besar gula
Secukupnya "Croquant" (butiran bertih jagung kisar)
Cara membuatnya:-
  1. UNTUK DASAR KEK:- Satukan tepung, gula dan mentega. Gaul ramas dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan kuning telur dan terus menggaul. Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastic cling dan sejukkan 30 minit. Keluardan doh dan tekan doh dalam tin "spring form" berukuran 8 inci hingga memenuhi dasar tin. Cucuk2 dengan garfu dan bakar dalam oven pada suhu 195C, selama 15 minit. Keluar kan tin dari oven dan biarkan sejuk betul2.
  2. UNTUK INTI:- Satukan gelatin halal dan 100 ml air tadi dalam bekas tahan panas. Gaul hingga larut. Tenggekkan bekas tadi dalam air panas dan kacau bancuhan gelatin tadi hingga jernih dan suam. Ketepikan. Dalam mixing bowl, pukul cream cheese dan gula halus hingga kembang dan gula hancur, masukkan esen vanilla, susu sejat dan jus buah pic dari tin tadi, terus memukul hingga semua sebati. Perlahankan speed dan tuang gelatin suam tadi. Gaul hingga rata.
  3. UNTUL KEK KEJU:- Dalam tin yg berisi doh tadi, taburkan potongan buah pic, biar berselerak. Tuang adunan inti perlahan2 dan ratakan. Sejukkan dalam peti ais 2 - 3 jam. Sementara itu, untuk hiasan, panaskan air bersama gula dan serbuk jelly, kacau hingga gula hancur. Matikan api, tapis jelly cair tadi dan biarkan suam sedikit. Keluarkan kek dari peti sejuk, susun ceri bertangkai mengikut kreativiti masing2 dan sudukan sedikit demi sedikit jelly tadi hingga habis. Sejukkan kembali hingga jelly mengeras. Tanggalkan dari spring form pan (kalau rasa susah, larikan pisau yang dipanaskan atas api disekeliling kek). Tekup "croquant" di sekeliling tepi kek sebagai hiasan.
  4. PETUA:- Masa nak potong cheese cake ni, panaskan sedikit pisau atas api, baru diguna untuk memotong kek untuk mendapatkan hasil potongan yang licin dan cun....Selamat mencuba!!!

Post a Comment

0 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.