BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

NASI PILAF...


Ini dia "Nasi Pilaf"...mak dara sentil dari Singapore....dah lama nak cuba...dan hari nie dah cuba..terima kasih "Kak Nis"......i lap u lahh mak dara!!!

Bahan-Bahannya:-
1 kg beras Basmathi, rendam 30 minit dan toskan
200 g mentega berkualiti tinggi (SCS atau Golden Churn)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disimpul
2 biji bawang besar, cincang halus
1 inci halia, diketuk (resipi asal tak letak)
1/2 cawan kismis kuning
Sedikit garam
1/2 cawan daun pudina
1/2 cawan daun ketumbar (mat tak letak)
1/2 cawan bawang goreng
Air secukupnya

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan hingga wangi. Masukkan bawang besar cincang dan halia. Goreng hingga layu. Masukkan beras dan goreng beras dengan bahan2 lain. Gaul perlahan2 untuk mengelakkan beras patah2.
  2. Kemudian, alihkan bahan2 tadi ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air secukupnya (mat guna anggaran 1 nisbah 1.3...contohnya kalau beras 1 cawan, air dia 1 1/3 cawan) dan masukkan garam, gaul rata dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi kering, taburkan kismis dan semua jenis daun2 dan bawang goreng. Biar nasi tanak betul. Gaul perlahan menggunakan chop stick untuk mengelakkan nasi patah2. Hidang bersama lauk kegemeran masing2..

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.