BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

MEE BANDUNG "KAK PAH"

Mee Bandung untuk makan petang tadi....sedap, macam kena dengan selera Ah Mat. Terima kasih pada dear "kak pah sherry mz"....memang "terangkat" uu!!!..kita lihat resipi asal dari kak pah....

Bahan Kuah:-
100 g udang (mat guna beberapa ekor udang galah)
100 g daging (tak letak sebab tak de stok)
5 batang crab stick (tak letak juga)
2 biji telur (ah mat letak 5 biji)
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos cili
1 camca besar tomato puree
1 camca besar sos tomato
2 camca bear sos tiram
2 camca besar kicap cair
1 biji bawang besar, belah 4
4 biji bawang merah kecil*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1 kiub pati ayam "MAGGI"
Garam, gula dan lada sulah
1 batang lobak merah, potong kecil*
1 1/2 cawan potongan bunga kobis*
15 tangkai snow peas, dikerat dua*
1 biji tomato, belah 4*(*sayur)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan Lain:-
Mee kuning, cuci dan celur, toskan
Tauhu goreng, hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan daun bawang/daun sup
Cili merah, dihiris+kicap cair+perahan lemon (lada kicap)

Cara membuatnya:-
  1. UNTUK KUAH:-Bersihkan udang, hiris daging nipis dan kerat 2 crab stick. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang kisar dan cili kisar hingga wangi. Masukkan tomato puree, sos tomato, sos tiram dan sos cili, kacau rata. Masukkan belahan bawang besar, masak sebentar dan tuang kicap cair. Masukkan daging (kalau guna) dan tuang sedikit air, biar daging empuk, baru dimasukkan udang dan crab stik. Tuang air dan biar mendidih, masukkan semua sayur dan juga kiub pati ayam, perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula (jika perlu). Akhir sekali pecahkan telur satu persatu dan perlahankan api. Biar telur masak dengan api perlahan. Bila telur masak, boleh matikan api.
  2. PENYEDIAAN MEE:- Ambil mee yang dicelur tadi dan masukkan ke dalam mangkuk, tuang kuah dgn isi2nya serta sebiji telur tadi. Hias dgn hirisan tauhu, bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang. Hidangkan bersama lada kicap...

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.