BEN ASHAARI

Wednesday, January 9, 2008

MAKARONI GORENG PEDAS



Hmmmm...no komen laahh....kalau sudi cuba lah ye, tapi yang pasti memang pedas berapi..

Bahan-bahannya:-
250 g pasta makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit mentega
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1/2 biji capsicum oren, didadu
7 - 8 kuntum cendawan butang, dihiris halus
2 batang ayamas black pepper sosej, dipotong kecil
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan isi ayam
1 camca besar sos tiram
1 camca teh tomato paste
Kicap cair
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Limau kasturi secukupnya

Bahan kisar:-
2 biji bawang besar
1 genggan cili kering
2 camca besar udang kering, dicuci dan rendam
3 ulas bawang putih
1 camca teh gula


Cara membuatnya:-
1- Panaskan minyak dalam kuali (kurang lebih 4 camca besar), goreng cendawan butang hingga perang. Tolak ketepi kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan tomato paste dan sos tiram diikuti sosej. Kacau hingga mesra.

2- Masukkan capsicum merah, hijau dan oren serta daging ayam dan udang. Gaul hingga rata. Masukkan makaroni tadi dan gaul hingga rata. Tuang sedikit kicap cair dan gaul, rasa jika kurang masin, tambah lagi hingga sampai ke tahap yang diinginkan.

3- Taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng dan sertakan sekali belahan limau kasturi sebelum dihidang.

No comments: