BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

LEMON CURD


Lemon curd.....macam seri kaya tapi mat saleh punya version...mula2 mat ingat lemon curd nie akan memberi rasa "aneh" telur....maklum jelah bahan2 berasakan telur ni kalau tak iya2, ada rasa pelik skit...tapi tak sangka rasa telur tu cuma sipi2 aje dan selebihnya diganti dengan rasa manis + masam2 manja dan harum bau lemon serta lemak butter (siap kolestrol naik pas tu!!!). Resipi asal mat dapat dari JoyOfBaking.....jom kita cuba ramai2!!!!

Bahan-Bahannya:-
3 biji telur gred A
2 biji lemon, parut dulu kulitnya (cuma bahagian kuning saja), perah jusnya.
130 g gula halus
Secubit garam
3 camca besar mentega

Cara membuatnya:-
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam dan jus lemon. Kacau dengan wisk sehingga semua semua hancur. Tapis adunan tadi dan masukkan dalam bekas tahan panas dan tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan wisk hingga adunan menjadi pekat (kurang lebih 8 - 10 minit).
  2. Kemudian alihkan bekas berisi lemon curd tadi, masukkan parutan kulit lemon dan mentega. Gaul hingga semua rata dan sebati. Alih ke dalam bekas dan biar suam sedikit dan tutup bekas dengan plastic cling untuk mengelakkan lemon curd keras dibahagian permukaannya.
  3. Lemon curd boleh diguna sebagai filling untuk cream puff, donat, bagel dan lain2....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.