BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

KARI DAGING KERISIK


Kali ni tak masak rendang, cuma masak kari daging saja......

Bahan Utama:-
1 kg daging lembu
4 biji kentang, belah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, dipotong baji
1 biji kelapa, diparut
1 1/2 camca besar kerisik
2 1/2 camca besat serbuk kari daging "Babas"
1 keping asam gelugor
1 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

Bahan Kisar:-
8 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
10 - 15 biji cili padi
1 hirisan nipis lengkuas

Bahan2 Tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah kecil, dihiris halus
2 ulas bawang putih, dihiris halus

Cara membuatnya:-
  1. Hiris daging nipis, cuci dan toskan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak, dan tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar dan tumis hingga wangi. Masukkan rempah kari daging, gaul rata dan tanbah sedikit air. Goreng rempah hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata, biar 5 minit hingga daging kecut dengan rempah.
  3. Tuang santan cair dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga daging 3/4 empuk. Masukkan lobak merah, kentang dan kerisik. Masak hingga kentang dan lobak empuk, baru ditambah dengan asam gelugor. Biar mendidih.
  4. Tuang santan no.1 dan perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau perlahan dan biar mendidih pada api perlahan. Rasa kuahnya, jika ok, boleh dimatikan api dan hidangkan bersama nasi impit, roti jala, roti canai atau apa2 jelah yang anda gemari....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.