BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

GULAI UDANG DENGAN TIMUN

Sedapnyaa gulai udang....mat guna udang galah, hasil tangkapan ayah mat, biasa lah lepas2 banjir ni memang banyak udang, tapi itu semua nasib, kalau ada rezeki dapat lah, kalau tak de pun boleh dapat jugak, tapi kat "pasar"...ahaks....

Bahan Utama:-
1 kg udang galah
3 biji timun
1 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit
1 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus:-
4 biji cili merah
10 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan (boleh ganti dengan kiub ikan bilis)

Cara membuatnya:-
  1. Potong muncungnya dan buang ketulan kotor yang berada di kepala udang dan cuci bersih, toskan. Buang kulit timun, kerat dua setiap biji timun, kemudian belah 4 setiap potongan dan buangkan bijinya, ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan udang, asam gelugor dan bahan2 kisar. Masak atas api sederhana 1 - 2 minit. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Kemudian tuang pati santan, daun kunyit dan masukkan timun yang telah di potong tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Biar mendidih sambil dikacau selalu. Masak hingga timun sedikit lembut dan rasa kuahnya, kalau dah ok, bolehlah matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan an ulam-ulaman.....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.