BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

GULAI REBUNG & DAGING SALAI

Hari ni, masak lauk kegeraman mat dan bonda (tapi tak boleh makan selalu...kolestrol!!!!)...Dua hari lepas ayah mat beli rebung jeruk, dan kebetulan pulak dalam freezer ada daging batang pinang, jadi mat pun salai lah daging tu untuk dimasak dengan rebung...hmmmm tak boleh cerita banyak...air liur nak meleleh jee nie..ahakss!!!!!

Bahan Utama:-
600 g daging batang pinang*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk kunyit*(*bahan untuk perap daging)
500 g rebung jeruk, cuci dan toskan
4 batang serai, diketuk
1 biji kelapa diparut (kalau orang N9 guna 2 biji kelapa!!)
1 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula (jika perlu)

Bahan Tumbuk Halus:-
40 g cili padi
10 g kunyit hidup
5 g halia
1/2 camca teh garam kasar (optional)

Cara membuatnya:-
  1. Cuci daging batang pinang, cucuk dengan garfu, lumurkan kunyit dan garam, perap 30 minit kemudian bakar dalam oven 40 minit pada suhu 190C. 20 minit utk setiap bahagian. (kalau nak sedap panggang atas api arang/sabut untuk mendapat rasa asap). Bila daging cukup masak, angkat dan biar sejuk sebelum dihiris nipis2. Ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no. 1. Kemudian tuang 800ml air lagi, ramas kelapa dan perah untuk santan no. 2. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan rebung yang telah ditos tadi, daging salai hiris, serai titik dan bahan2 tumbuk halus. Gaul hingga rata. Tuang santan no 2 dan jerang atas dapur hingga mendidih, gunakan api sederhana.
  3. Masukkan asam gelugor, biar mendidih hingga rebung masak. Tuang santan no. 1 dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar mendidih atas api perlahan sambil dikacau selalu. Masak 2 - 3 minit dan matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man...Syokk habisss!!!!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.