GULAI JANTUNG PISANG

Masakkan orang kampung yang mudah dan ringkas......

Bahan-bahannya:-
2 biji jantung pisang nipah, dibuang kulit hingga jumpa bahagian putihnya
5 - 6 keping tulang ikan kurau masin, cuci bersih
2 batang serai
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam gelugor
1 biji kelapa parut

Bahan dikisar halus:-
7 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
5 tangkai cili merah
1 cm belacan

Cara membuatnya:-
1- Tuang 1/2 cawan air dalam kelapa parut dan ramas, perah santan utk mendapatkan santan no.1. Kemudian masukkan 3 cawan air dan ramas. Perah utk mendapatkan santan no.2. Ketepikan.

2- Dalam periuk, masukkan bahan2 kisar, tulang ikan masin dan serai titik. Sementara itu jantung pisang dibelah 4 utk setiap biji, cuci dan toskan. Bila kuah mendidih, masukkan jantung pisang dan renihkan hingga jantung pisang lembut.

3- Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Biar mendidih perlahan sambil dikacau. Rasa garam dan jika kurang masin, boleh ditambah garam dan sedikit gula. Garam diletak akhir, kerana tulang ikan masin tadi mengeluarkan rasa masin.

Post a Comment

1 Comments

  1. abg mat, penah makan jantung pisang campur kacang tu tak?
    sedap tau ...nanti i cari dia nyer resepi bagi kat u ..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.