BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

DORAYAKI

Ingatkan malas nak masak hari ni...tapi masa petang tadi tah macam mana masa anak2 buah mat menonton vcd Doraemon, ada pulak si doraemon tu makan dorayaki....jadi terpaksa lahh pak usu dia yg baik hati ni buatkan...sebenarnya mat sendiri dah lama nak cuba buat. Resipi asal mat culik Great Lydia punya...thanks Mama Lydia!!!...Jadi, bukan leer salah budak2 tu aje, bapak budak pun salah jugaa!!!!

Bahan-Bahannya:-
100 g tepung kek/tepung gandum*
1/2 camca teh sodiun bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
60 g gula halus
2 camca besar madu
2 biji telur gred A
1/2 camca besar minyak masak
1/2 camca teh esen vanilla
1 1/2 cawan inti kacang merah
1/4 cawan susu segar (jika perlu)

Cara membuatnya:-
  1. Putar telur dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan madu, minyak dan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dgn spatula dengan kaedah kaup balik. Gaul hingga rata. Jika kelihatan pekat, tambah sedikit susu segar dan gaul hingga sebati.
  3. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. Masukkan adunan tadi sebanyak 1/4 cawan dan buat bulatan bersaiz 4 inci dengan belakang senduk. Masak hingga permukaan adunan nampak berbuih. Berhati2 terbalikkan dan masak lagi sekejap. Buat hingga habis. Menghasilkan kurang lebih 20 keping.
  4. Inti kacang merah tadi kalau pekat, tambah sedikit susu hingga sampai ke tahap boleh disapu, seperti jem. Kemudian ambil sekeping dorayaki dan sapu dengan inti kacang merah dan sandwichkan. Buat hingga siap dan menghasilkan 10 dorayaki....
  5. Potong ikut suka dan hidangkan....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.