BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CURRY LAKSA


Entah macam mana teragak nak makan laksa kari pulak (mengidam ke aku nie ek?..ahakss)...jadi dengan rajinnya, mat pun melaksanakan tuntutan tekak yang suka mencuba macam2 jenis makanan....resipi nie kira macam fusion lah juga, sebab ada unsur2, peranakan dan melayu tulen.....Jemput makan semua!!!!

Bahan Utama:-
1 bungkus mee laksa kering
500 g ayam (bahagian dada)
2 biji kentang, kupas dan potong dadu sederhana besar
7 batang putik jagung, hiris serong
10 biji tofu "pok", belah dua
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
2 keping fish cake, hiris nipis
2 camca besar rempah kari daging
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 keping asam gelugor
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua
1 biji kelapa, diparut (mat guna susu sejat = 350 ml)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:-
2 batang serai
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
5 biji cili merah

Bahan Sambal:-
4 biji cili merah
1/2 inci belacan bakar
1/4 camca teh gula
Secubit garam (mat guna garam kasar)

Bahan Sampingan:-
Telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi, dibelah dua
Hirisan pucuk daun kesom
Bawang besar, dihiris halus
Bawang goreng
Taugeh, dicelur

Cara membuatnya:-
  1. Mee laksa direndam hingga lembut dan rebus hingga betul2 lembut. Toskan dan cuci dengan air sejuk. Toskan dan biar kering. Ayam dipotong kecil dan perap dgn serbuk lada hitam dan garam 15 minit. Tuang 300 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah unttuk santan no.1. Tuang 800 - 1000 ml air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2.
  2. UNTUK KUAH:-Dalam periuk, tuang 1/2 cawan minyak (tambah jika rasa kurang) dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan rempah kari dan gaul rata. Tumis hingga terbit minyak, gunakan api sederhana. Masukkan ayam dan kentang, gaul rata dan tuang santan no.2 (kalau guna susu, tuang air masa peringkat ini). Bila mendidih, masukkan putik jagung, fish cake, daun kesom, bunga kantan, asam gelugor dan serbuk lada hitam. Tuang santan no.1 dan biar mendidih pada api perlahan. Perasakan dengan garam dan gula. Matikan api bila kentang empuk dan rasa dah ok. Kalau guna susu tuang sejurus sebelum diangkat dan biarkan mendidih 1 - 2 minit pada api perlahan..
  3. UNTUK SAMBAL:- Masukkan semua bahan2 sambal dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat. Penggunaan garam kasar akan menghasilkan sambal yang lebih halus dan lumat..
  4. PENYEDIAAN LAKSA KARI:- Masukkan mee laksa dalam mangkuk yang sesuai. Letak taugeh dan tuang kuah dan letak telur rebus, hirisan bawang besar, hirisan pucuk kesom, bawang goreng, sambal dan belahan limau kasturi...kemudian dengan jiwa yang tenang dan lapang, boleh lah dimakan perlahan2 untuk menikmati adunan yang pasti menggetarkan jiwa....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.