BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CRISPY FISH WITH APRICOT SAUCE


Ini resipi yang dicadangkan oleh Ho Ah Lin @ Kak Lina @ Nor Zailina Nordin pada mat....kalau dah nama tukang masak tu, dia beri idea, kita buat, hasilnya memang memuaskan, sedap dan rangup. Sosnya mat cipta sendiri laah, yelah tukang masak dah beri idea, yang selebihnya sendiri leer pandai2. Cuma satu je, hidangan nie teramat sedap dihidangkan panas2, ketika ikan tu masih rangup diluar tapi lembutttt di dalam...aduh nyamannn bahhh!!!

Bahan Utama:-
1 ekor ikan sebelah atau ikan pilihan sendiri
1 biji telur, dikacau sedikit
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
3/4 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung jagung*(*disatukan)
1 1/2 cawan quaker oat
Minyak utk goreng trendam

Bahan Sos:-
2 camca besar jem apricot
2 camca besar cili kisar
1/2 cawan sos cili
1 camca teh cuka
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 cawan air
2 camca besar kicap cair
3 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula (jika perlu)

Bahan Lain:-
1 biji bawang besar, potong bulat
1 batang leek, dihiris serong
1/2 biji green capsicum, didadu

Cara membuatnya:-
  1. PENYEDIAAN IKAN:-Ikan sebelah, dibuang sisik, siang (kalau besar potong dua) dan cuci bersih, perap dengan jus limau dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali dan toskan. Lap kering ikan dengan paper towel. Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada hitam rata. Golekkan kan tadi dalam telur, kemudian golekkan dengan tepung hingga rasa. Golekkan kembali dalam telur dan akhir sekali golekkan keseluruhan ikan dengan quaker oats hingga semua permukaan ikan bersalut kemas. Goreng dalam minyak panas, kemudian perlahankan api dan terus menggoreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel.
  2. UNTUK SOS:- Panaskan minyak, tumis bawang putih, halia dan cili kisar hingga terbit minyak. Masukkan sos cili, jem apricot dan kicap cair. Gaul rata dan masak sebentar. Tuang air dan masukkan cuka, bila mendidih masukkan semua sayur2an, masak hingga sos menjadi pekat sedikit. Rasa dan jika perlu boleh tambah garam dan gula. Matikan api.
  3. UNTUK CRISPY FISH AND APRICOT SAUCE:- Alih ikan tadi ke dalam pinggan hidang yang sesuai, boleh dialas dgn daun salad jika suka. Kemudian ceduk sos apricot tadi atas ikan bersama sayur2an. Ratakan dan hias ikut suka. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 yang lain....

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.