BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

CHIFFON KAYA ROLL


Chiffon Kaya Roll....memang lembut, sesuai sangat untuk orang yang gigi kurang macam pakcik ni....bukan saja lembut, tapi nak membuatnya pun mudah. Kalau nak gantikan kaya tu dengan butter cream atau jem, semua boleh. Memandangkan mat dan seisi rumah tak gemar krim, jadi mat sapu jelah dengan seri kaya.....Bolehlah mencuba kalau ada masa terluang yeaa.....

Bahan A:-
5 kuning telur (guna telur gred A)
50 g gula halus
50 ml minyak jagung
50 ml santan (boleh guna susu)
110 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste
Secubit garam

Bahan B:-
5 putih telur
100 g gula halus
1/4 camca teh cream of tartar

Bahan C:-
Serikaya secukupnya (kurang lebih 3 - 4 camca besar) atau butter cream.

Cara membuatnya:-
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin swiss roll dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan.
  3. Putar putih telur bersama cream of tartar. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar pada kelajuan tinggi hingga menjadi meringue (kental dan bila dicuit, tanduk yang terhasil tegak dan tidak jatuh).
  4. Gaul no. 3 ke dalam adunan no. 2. Gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 20 minit. Bila masak serta merta keluarkan dari oven dan keluarkan kek. Sejukkan atas jaringan.
  5. Siapkan sekeping aluminium foil, dan letakkan kek tadi. Sapu dengan seri kaya atau butter cream dan gulung kemas dan ketat sedikit. Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat Mencuba!!!!

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.