BEN ASHAARI

Thursday, January 10, 2008

AYAM MAS MERAH

Hari nie tak de mood nak celoteh banyak sangat....jom kita tengok bahan2 untuk masak ayam mas merah....

Bahan-Bahannya:-
500 g ayam, potong ikut suka
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 batang serai, dititik
2 biji bawang besar, potong bulat
2 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, hiris halus
2 batang cili hijau, potong serong
2 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puri
3 camca besar sos cili
1/2 cawan air
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
4 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
Garam dan gula secukup rasa

Untuk Hiasan:-
1 - 2 camca besar kacang pis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-
  1. Ayam potong ikut suka, cuci bersih, gaul dengan serbuk kunyit, garam dan serbuk lada sulah, perap 20 minit dan goreng hingga kuning keemasan tapi tidak garing. Angkat dan toskan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis rempah tumis, halia titik, bawang putih dan serai hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan tomato puri dan sos cili, biar masak hingga wangi. Tuang air dan kacau rata.
  3. Masukkan ayam, hirisan bawang besar dan hirisan cili hijau. Gaul rata, masukkan garam dan gula dan biar masak hingga pekat. Rasa dan jika ok (mesti ada rasa masin, manis, masam dan sedikit pedas) boleh angkat. Hias dengan kacang pis dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

No comments:

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.